ɥnʞ ʎןɐz ǝʌoן

"walau seremuk mana hati dilukai, bentuklah ia semula dan serahkannya pada yang Ilahi"


Free Counters

z kuh suke mancing ikan ;))

Titipan Untuk Wanita

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.


tentang cinta-

wanita Mudah Maafkan Suami.

Dalam meneliti perjalanan hidup kita sering diuji dengan pelbagai cabaran dan ini tidak terkecuali dalam menjalin dan mengukuhkan sesebuah perhubungan atau ikatan kasih sayang antara lelaki dan wanita, khususnya bagi pasangan suami isteri.

Apabila pasangan melakukan kecurangan dalam suatu hubungan, ia seolah-olah menaruh tuba dalam minuman apatah lagi selepas segala kepercayaan dan harapan tinggi diletakkan kepadanya. Jika ini yang terjadi adakah seseorang itu boleh memaafkan pasangannya?

Ketua Unit, Guaman Syarie Universiti Teknologi Mara (Uitm), Prof Madya Noor Awang Hamat, berkata berdasarkan pengalaman sebagai peguam syarie tidak dinafikan dalam kebanyakan kes dirujuk, lelaki didapati lebih ramai yang curang dalam sesuatu hubungan itu berbanding wanita.

Beliau berkata, begitu juga dalam memaafkan pasangan didapati wanita lebih bersifat pemaaf dan boleh menerima kesilapan yang dilakukan serta diakui pasangannya.

"Wanita atau isteri ada sikap dan naluri untuk bergantung serta inginkan perlindungan daripada lelaki ataupun suami, maka sebab itulah dia mudah memaafkan pasangannya. Walaupun wanita itu ada kerjaya sendiri dan dilihat boleh berdikari, sikap ingin bergantung dan dilindungi pasangan tetap ada dan sebab itulah ada yang boleh memaafkan pasangannya. Malah, selagi tinggi status dan kukuh kedudukan wanita itu, selagi itulah dia bergantung kepada pasangannya.

"Ingin bergantung atau dilindungi pasangan itu bukanlah dari segi wang ringgit dan kasih sayang semata-mata, tetapi lebih kepada faktor luaran, termasuk tanggapan serta pandangan masyarakat dan ingin menjaga maruah. Wanita itu takut akan gelaran 'janda' kerana status berkenaan sehingga kini masih dipandang negatif dalam masyarakat," katanya.

Noor Awang berkata, disebabkan faktor itulah dalam sesetengah kes walaupun suami terus berlaku curang dan mendera emosi mahupun fizikal, isteri masih boleh bersabar dan cuba mempertahankan perkahwinan itu. Bagi wanita berkenaan, sekurang-kurangnya dirinya masih bersuami dan tidaklah masyarakat memberikan persepsi negatif terhadapnya.

Bagaimanapun, beliau berkata ada juga wanita berani menerima kenyataan hidup dan boleh menempuh hidup bersendirian, tetapi ada aspek lain yang diberikan pertimbangan termasuk soal harta dan anak hasil perkahwinan dibina.

Katanya, kejadian dan ciri wanita yang dijadikan Allah berbeza dengan lelaki turut menjadi faktor mengapa wanita mudah memaafkan seseorang itu. Walaupun wanita berjiwa sensitif berbanding lelaki, mereka mempunyai sikap yang tabah dan kesabaran tinggi serta jarang membuat keputusan melulu ketika membuat pertimbangan sesuatu perkara.

"Melalui pengalaman sebagai peguam syarie dan banyak membantu pasangan yang menghadapi krisis rumah tangga, saya lihat sifat peribadi dan ciri kewanitaan banyak mendominasi diri isteri dan ini dapat membantu menyelamatkan keruntuhan rumah tangga apabila berlaku kecurangan yang dilakukan suami," katanya.

Beliau berkata, dalam kebanyakan kes yang membabitkan kecurangan isteri, boleh dikatakan hanya 25 hingga 30 peratus lelaki saja boleh memaafkan dan menerima pasangannya semula.

Sikap ego yang begitu menebal dalam diri hampir semua lelaki menyebabkannya sukar untuk memaafkan pasangan. Lebih-lebih lagi, sifat pemaaf memang sukar diamal dan selagi seseorang itu berpendapat bahawa setiap kejahatan serta keburukan seharusnya dibalas secara setimpal.

Malah, katanya, kerana ego yang tinggi ada suami yang berlaku curang dan tahu kesilapan diri sendiri masih ingin meletakkan kesalahannya kepada isteri. Lelaki berkenaan sanggup menyatakan, isteri menjadi punca semua itu berlaku kerana tidak mampu memberi kebahagiaan kepadanya lantaran itulah beliau terpaksa beralih mencari wanita lain.

Noor Awang berkata, selain itu hadis Rasulullah yang mengingatkan golongan lelaki agar jangan membiarkan isteri curang kerana boleh dianggap dayus juga menjadi bayangan dalam diri kebanyakan lelaki sehingga sukar memaafkan pasangan.

Dalam menempuh ranjau hidup berumahtangga dan membina perhubungan yang sudah retak, beliau menasihatkan pasangan supaya kembali kepada falsafah perkahwinan itu sendiri. Sebuah perkahwinan itu hakikatnya, memerlukan ketenangan dan kebahagiaan bersama. Untuk mencapai ke arah itu, segala sifat yang keji perlulah dielakkan dan ditepis oleh setiap pasangan.

"Kecurangan boleh berlaku disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran harian di tempat kerja, kepincangan pasangan, pengaruh media dan sebagainya, tetapi ia boleh diatasi dengan keazaman masing-masing. Pasangan juga perlu mendekatkan diri dengan Allah dan dengan ada keimanan dalam diri, Insya-Allah kita dapat elakkan diri daripada perkara yang tidak elok," katanya.


http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/wanita-mudah-maafkan-suami/